Tuesday, May 8, 2012

Apa yang anda perlu tahu : Memilih vitamin C untuk anak anda

Kadang-kadang sama ada kita sedar atau tidak kita mudah tersalah anggapan. Jadi sangat penting untuk kita mengetahui apa yang kita cari untuk anak kita sebenarnya.
Kali ini saya akan bercerita tentang vitamin C.
Kadang-kadang ada ibu bapa yang keliru di antara multi vitamin, vitamin C dan minyak ikan kod.
Untuk pengetahuan anda, MULTIVITAMIN ialah vitamin-vitamin asas seperti vitamin A,B dan C yang diperlukan untuk anak anda. Sesetengah pengeluar menambahkan MINERAL seperti calcium ke dalam multivitamin untuk memenuhi keperluan asas tumbesaran anak anda.
Sementara vitamin C dan Minyak Ikan Kod pula kebiasaannya diberikan bagi menyokong dan membantu menambahkan effikasi sistem pertahanan badan anak anda. Ini bagi mengelakkan anak anda dari selalu demam, selsema dan batuk. Kebiasaannya sangat digalakkan bagi anak anda yang dijaga di taska atau rumah pengasuh yang mempunyai ramai kanak-kanak.
Bilangan kanak-kanak yang ramai selalunya membawa kepada mudah terkena jangkitan kuman.

Berbalik kepada vitamin C tadi.
Sediaan yang ada di dalam pasaran untuk kanak-kanak ialah sekitar 30 mg - 250mg.
Jadi bagaimana keperluan harian anak anda?
Keperluan yang ditetapkan ialah seperti berikut (RDA/RDI)
1 - 3 tahun: 15 mg sehari
4 - 8 tahun: 25 mg sehari
9 - 13 tahun: 45 mg sehari
Jadi mengapa perlu vitamin C?
Kepentingan vitamin C bukan sahaja kepada sistem pertahanan badan sebaliknya juga untuk penyembuhan luka, pembentukan protein badan dan anti oksida untuk menghapuskan radikal bebas yang bersifat jahat kepada badan.
Sekiranya keperluan yang diperlukan sedikit mengapa sediaan di pasaran lebih tinggi dari keperluan?
Satu perkara yang anda perlu tahu ialah vitamin C merupakan vitamin larut air jadi ia tidak disimpan di dalam badan. Ia akan dikeluarkan dari dalam badan beberapa jam selepas pengambilan.
Sebab itu jika contohnya anda berikan anak anda berusia 3 tahun 2 biji vitamin C 30mg pun tidak mengapa.
Selain itu jika anak anda selalu sakit anda juga boleh berikan lebih dos vitamin C untuk mereka.

Jika anda mahukan vitamin C dari sumber semulajadi,anda boleh berikan anak anda buah-buahan sitrus seperti oren dan limau, betik,pelam, nenas, kumpulan beri seperti strawbery dan tembikai juga sayur-sayuran seperti kentang,tomato,kobis dan sayuran berdaun hijau.




No comments:

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL