Saturday, October 12, 2013

Persediaan untuk bayi baru anda - apa yang perlu anda tahu

Perkara yang perlu anda ingat sebagai persediaan untuk menerima penghuni baru rumah anda adalah seperti berikut ya :

1-Persediaan abang dan  kakak bayi anda serta haiwan kesayangan anda.
   Ini penting sekali ya. Kadangkala abang dan kakak terutamanya yang usianya tidak jauh bezanya dari bayi  yang bakal lahir ini akan merasakan kehadiran adik barunya akan menyebabkan kasih sayang anda berkurang kepada mereka. Cemburu dan kecil hati mungkin akan merumitkan keadaan anda. Contohnya apabila si kecil menangis, si abang atau kakak mula melakukan pelbagai perkara untuk menarik perhatian anda.
Apa yang anda boleh lakukan ialah beritahu dan menerangkan kepada anak anda tentang kehadiran ahli keluarga baru ini dan libatkan mereka dalam proses ini. Contohnya bawa mereka untuk memilih baju untuk adik mereka. Anda boleh tunjukkan gambar mereka ketika kecil dan menerangkan bagaimana keadaan rumah yang akan bertukar dengan kehadiran seorang bayi.

Bagi haiwan peliharaan pula, anda perlu lebih awal kurangkan perhatian anda kepada mereka sedikit demi sedikit supaya mereka biasa dengan perhatian yang sedikit. Ini bagi mengelakkan mereka cemburu.

2-Mula carikan pusat jagaan kanak-kanak
Bagi mereka yang bekerja dan tidak mahu menghantar anak ke rumah ibu atau mertua, adalah sangat perlu untuk mulakan pencarian sebelum anda bersalin. Ini mengelakkan daripada anda terpaksa menghantar ke tempast asuhan yang mungkin mahal atau tidak mementingkan keselamatan anak-anak yang dijaga.

Tanyakan kepada rakan-rakan anda atau carikan rujukanyang anda boleh percayai.

3-Perancangan untuk penyusuan badan
Jika anda merancang untuk menyusukan bayi anda, mulakan persediaan awal. Minumlah susu yang boleh membantu meningkatkan penyusuan bayi anda nanti. Jika boleh beli terlebih dahulu pam susu atau sekurang-kurangnya lihat-lihat di mana dan berapa harganya sebagai persediaan.
Lihat juga kemungkinan untuk anda simpan susu anda. Jika begitu, anda boleh mula mencari beg atau container untuk menyimpan susu anda di freezer nanti.

4-Jaga keselamatan bayi anda
Selepas bersalin pasti anda akan sibuk dengan bayi anda, keluarga dan kerjaya anda. Mungkin kesibukan itu menyebabkan anda terlupa perkara penting seperti keselamatan bayi anda di rumah. Jadi bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini sebaiknya anda sediakan lebih awal.
Jika rumah anda bertingkat, pastikan anda memasang pagar supaya bayi anda tidak terjatuh. Begitu juga pintu rumah anda sekiranya tiada grill, pasangkan pagar supaya bayi anda tidak merangkak keluar ketika anda sibuk didapur.
Banyak kejadian yang tidak diingini berlaku seperti bayi jatuh ke dalam longkang atau terjatuh ke dalam besen berisi air, jadi siapkan persediaan anda awal sebelum bayi anda lahir.
Lihat kedudukan perabot rumah anda, pastikan ia tidak akan mencederakan atau menyebabkan bahaya kepada anak anda. Contohnya kedudukan TV anda, adakah bayi anda boleh mencapai wayar atau mungkinkah mereka boleh tersadung wayar dan TV boleh jatuh ke atas mereka?
Lihat juga pada benda-benda tajam yang lain di sekitar rumah anda.


5-Akhir sekali, mungkin anda boleh sediakan senarai untuk barangan yang anda perlukan di dalam peti ais sepanjang tempoh berpantang. Jadi, ini akan memudahkan suami anda untuk meringankan beban anda.



 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL