Friday, November 4, 2011

Demam kuning? Alamak...apa perlu dilakukan?

Demam kuning dikalangan bayi adalah perkara biasa sebenarnya. Jangan panik.
Jaundice atau dikenali di kalangan masyarakat kita sebagai demam kuning ialah keadaan yang menyebabkan mata,kulit dan mulut bayi bewarna kekuningan selepas beberapa hari dilahirkan. Warna kuning itu disebabkan oleh bilirubin. Kebiasaannya berlaku pada bayi yang menyusu badan dan bayi pra-matang.
Ini disebabkan oleh bilirubin.
Bilirubin sebenarnya akan dibuang oleh tubuh tetapi disebabkan organ bayi masih belum matang proses penyingkiran berlaku lambat dan paras bilirubin (pigmen kuning) yang tinggi menyebabkan keadaan yang dipanggil jaundice.
Kebanyakan kes ialah tidak membahayakan. Biasanya paras bilirubin akan meningkat dalam masa 72 jam selepas dilahirkan. Hanya sebilangan kes yang menunjukkan jaundice adalah sebenarnya simptom penyakit lain.

Bagaimana hendak pastikan anda anda kemungkinan mengalami demam kuning?
1-Bahagian mata,tangan dan mulut bewarna kuning selalunya muncul di antara hari kedua hingga keempat selepas bayi dilahirkan.
2-Tekan kulit anak anda dibahagian hidung atau dahi. Sekiranya ia lebih cerah dari kulit biasa maka anak anda berkemungkinan bukan mengalami demam kuning. Tetapi sekiranya bewarna kuning itu kemungkinan ialah betul.

Apakah tanda yang perlu anda lihat sekiranya bayi anda mengalami komplikasi demam kuning?
1-Bayi anda bertambah kuning.
2-Mata putih bayi anda kuning.
3-Bayi anda kelihatan lemah dan susah untuk bangun tidur.
4-Bayi anda tidak berselera untuk menyusu.
5-Bayi anda menangis dengan sangat nyaring dari biasa.

Apa yang anda perlu tahu?
Jangan takut untuk bertanya kepada doktor anda. Doktor anda sudah berjumpa beratus-ratus pesakit seperti anda jadi ia mungkin perkara biasa bagi mereka. Tetapi mungkin ini kali pertama bagi anda. Tidak mengapa untuk bertanya.
Mungkin ini perkara yang anda boleh tanyakan kepada mereka:
1-Terukkah jaundice anak saya?
2-Perlukah anak saya menjalani apa-apa ujian?
3-Perlukah anak saya menjalani rawatan? Jika tidak,mengapa?
4-Perlukah anak saya dirawat di hospital?
5-Apa yang saya perlu elakkan dirumah atau peringatan yang perlu saya tahu?

Rawatan yang ada:
1-Terapi foto
Anak anda akan diletakkan di bawah lampu khas dimana anak anda hanya akan memakai lampin sahaja (kebiasaannya) dan pelindung mata. Cahaya ini akan menukarkan bentuk bilirubin dalam badan anak anda agar lebih mudah disingkirkan oleh bayi.

Anda boleh meminta penjelasan yang lebihjelas dari doktor yang merawat anak anda.

Nota:
Menyusu amat digalakkan kepada ibu-ibu. Bukan bermakna menyusukan bayi anda meningkatkan risiko jaundice. Tetapi jaundice berlaku disebabkan nutrisi yang tidak cukup di dalam susu ibu. Jadi sebaiknya jagalah pemakanan anda ketika mengandung juga supaya susu yang anda bekalkan kepada anak anda cukup untuk keperluan mereka.







 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL