Thursday, June 30, 2011

Menyusu dan pil perancang? Apa yang perlu anda tahu

Maaf sebab lama blog ini terbiar tanpa maklumat terkini. Agak sibuk terutama sejak ada hobi baru.

Kali ini saya bawa isu yang ramai bertanya pada saya. Bagi ibu-ibu yang memang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka mungkin isu ini agak penting. Menyambut baik seruan kerajaan untuk menggalakkan penyusuan bayi selama yang mungkin maka kualiti dan kuantiti susu adalah faktor penting.

Bercakap tentang kuantiti, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pil perancang kebanyakannya boleh mengurangkan kuantiti susu ibu. Mungkin ramai yang mendapati susu mereka semakin sedikit dan akhirnya kering. Jadi sebaiknya apabila anda mengambil keputusan untuk merancang maka berbincanglah dengan doktor dan ahli farmasi anda.

Pil perancang yang boleh diambil ketika menyusukan bayi dan tidak mengeringkan susu ialah pil perancang yang hanya mengandungi Norethisterone. Berbanding kebanyakan pil perancang biasa yang diambil selama 21 hari dengan 7 hari "tablet-free", pil perancang Norethisterone diambil berterusan setiap hari. Jenama yang biasa ada di pasaran ialah Noriday.

Jangan lupa untuk meminta nasihat doktor atau ahli farmasi anda!!!




 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL