Thursday, October 11, 2012

Lactose Intolerance

Anak anda kembung, rasa nak muntah, cirit birit dan tidak selesa selepas minum susu? Mungkinkah mereka mempunyai masalah Lactose Intolerance?

Apakah Lactose Intolerance?
Apabila kita minum susu, susu akan dihadamkan oleh enzim Lactase yang ada di dinding usus. Lactase akan mencernakan susu kepada bentuk yang lebih kecil iaitu Galaktosa dan Glukosa. Ia  kemudian akan di serap ke dalam badan untuk disimpan atau digunakan.
Apa yang berlaku kepada mereka yang mengalami Lactose Intolerence ialah sama ada kekurangan atau langsung tiada aktiviti enzim ini. Ini menyebabkan pencernaan susu tadi berkurangan atau tiada langsung.

Apakah simptom yang boleh di lihat?
Simptom yang biasa ialah angin, kembung, cirit birit, tidak selesa dan rasa loya. Agak sukar membezakan ia dengan simptom masalah lain bersangkut paut dengan perut. Tetapi sekiranya simptom yang sama ini berulang lebih kurang 30 minit sehingga satu jam selepas meminum susu maka kemungkinan besar ia berkaitan dengan masalah Lactose Intolerance.

Bagaimana dengan makanan lain yang dihasilkan dari susu?
Sukar untuk melabelkan makanan mana yang boleh dimakan dan yang mana perlu dijauhi. Apa yang perlu anda lakukan ialah menganalisa keadaan kerana tolerance setiap individu kepada susu adalah berbeza. 
Ada mereka yang tidak boleh minum susu tetapi masih boleh makan makanan yang mengandungi kandungan susu yang rendah dalam kandungannya seperti cereal atau kek.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba ambil tahu apa yang anda ingin hidangkan atau beli  untuk anak anda. Kemudian lihat bagaimana respons anda anda terhadap makanan terbabit.
Kebanyakan mereka yang lactose intolerance masih boleh makan makanan dengan sediaan susu di dalam kandungannya tetapi dalam had tertentu.

Bagaimana dengan sumber calcium?
Anak anda boleh mengambil calcium dan vitamin D sebagai supplement alternatif untuk susu. 
Selain itu banyakkan sumber calcium lain seperti sayur-sayuran hijau, broccoli, salmon, sardin dan makanan lain yang kebanyakkannya diperkayakan dengan calcium.
 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL