Sunday, May 20, 2012

Alamak...anak saya cirit birit

Cirit birit atau di dalam terma kesihatan ia dipanggil diarrhea. Ia adalah keadaan di mana bayi mengalami perubahan mendadak dalam jadual pembuangan air besar mereka. Najis pula kelihatan lembut atau cair. Bayi mungkin lebih kerap membuang air termasuk setiap kali selepas makan atau minum susu.
Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah pemakanan bayi akan mempengaruhi sturktur, bentuk dan kekerapan bayi membuang air besar. Contohnya bayi yang minum susu formula pasti berbeza dengan bayi yang minum susu ibu. Pemakanan ibu akan mempengaruhi juga keadaan najis bayi anda.
Apakah sebab berlakunya diarrhea?
1-Keracunan makanan.
2-Jangkitan bakteria.
3-Alahan kepada makanan atau ubat-ubatan.
4-Alahan kepada susu.
5-Makanan terlalu pedas.
6-Jus buah-buahan.
Apa yang anda perlu lakukan?
1-Berjumpa dengan doktor anda.
2-Kenalpasti masalah dan punca cirit birit. Elakkan keadaan dan makanan yang boleh menambah terukkan keadaan anak anda.
3-Pastikan anak anda mendapat air yang sebanyak mungkin. Dalam keadaan cirit birit anak anda kehilangan banyak air. Penting bagi anda untuk mengelakkan dehidrasi keterlaluan berlaku. Ini boleh membahayakan anak anda.
4-Sekiranya perlu anda boleh tanyakan kepada doktor anda sama anak anda boleh mengambil ORS atau Oral Rehydration Salt untuk menggantikan kehilangan garam dan elektrolit di dalam badannya.
5-Sekiranya jenis susu yang menjadi punca, dapatkan nasihat dari doktor anda tentang penukaran susu. Selalunya alternatif kepada bayi yang alergy kepada susu atau diarhea disebabkan susu ialah susu bearasaskan soya dan ada juga sediaan susu hypo alergenik (untuk bayi yang alah kepada laktosa). Terdapat juga sediaan susu yang hanya digunakan ketika cirit birit sahaja. Kotak sediaannya kecil dan mencukupi hanya untuk dua minggu. Ia bertujuan bagi mengawal keadaan cirit birit si bayi sebelum bayi bertukar kembali kapda susu formula yang lama atau susu formula baru.
6-Jika anda menyusukan bayi sebaiknya jagalah pemakanan anda. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat dan elakkan makanan yang tidak seihat, terlalu pedas dan sebagainya.


 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL