Saturday, October 19, 2013

Perubahan ketika mengandung dan apa yang boleh anda lakukan

Apabila anda mengandung banyak perubahan akan anda rasakan dan kadangkala ia menyebabkan tekanan kepada wanita terutaman bagi mereka yang kali pertama mengandung.

1- Pembesaran payu dara
Disebabkan badan anda sedang bersedia untuk bayi yang bakal lahir, payu dara anda akan membesar. Saiz bra anda yang sedia anda mungkin tidak sesuai lagi. Pastikan anda cari saiz yang sesuai supaya anda rasa selesa. Sesetengah ibu pula, susu sudah keluar lebih awal menyebabkan bra basah. Belilah nursing pad. Dan jika susu anda kerap keluar, basuh bra anda dengan air suam tanpa sabun supaya bra anda tidak kering dan menyebabkan luka pada puting anda.

2-Letih
Apabila bayi anda mula membesar, anda akan  berkongsi nutrien dengannya. Kadangkala disebabkan badan anda tidak mempunyai cukup nutrien untuk anda berdua, anda akan mudah letih. Mungkin anda juga kekurangan darah. Sebab itu jika anda ke hospital atau klinik mereka akan bekalkan anda dengan folic acid, B complex dan zat besi.
Dapatkan nasihat doktor anda tentang perkara ini.

3- Muntah
Ia berlaku sekitar 3 bulan pertama secara umumnya. Ia selalunya berlaku pada waktu pagi kerana perut anda kosong dan ketika anda tidak makan dengan cukup.
Jadi apa yang boleh anda lakukan ialah cuba elakkan makanan yang berminyak, pedas dan bergoreng.
Minum air sedikit tetapi kerap. Jika anda minum sekali tetapi dalam kuantiti yang banyak juga boleh menyebabkan anda rasa loya.
Halia boleh membantu mengurangkan rasa loya anda.
Dan jika anda rasa terlalu letih tetapi tidak boleh makan, cuba makan nasi atau pisang.
Elakkan makan makanan dalam kuantiti yang banyak. Cuba makan sedikit tetapi kerap.

4-Kerap kencing
Ia biasanya berlaku ketika trimester pertama dan ketiga disebabkan kedudukan uterus yang menekan bahagian pundi kencing.
Elakkan memakai pakaian yang ketat.

5-Sembelit
Ramai bakal ibu yang mengalami sembelit ketika mengandung.
Lakukan senaman bersesuaian setiap hari. Senaman sebenarnya boleh membantu melancarkan proses membuang air besar.
Minum air banyak.
Tambahkan jumlah makanan berfiber dalam diet anda seperti sayur dan buah.

6-Tidak selesa di bahagian tepi perut
Apabila perut anda membesar, anda akan mula rasakan sakit di bahagian tepi perut anda.Sebenarnya tisu anda meregang menyebabkan rasa sakit tersebut.
Jika anda sakit, anda bengkokkan badan anda ke arah bahagian yang sakit supaya tisu menjadi kurang regang dan berehat sedikit.
Letakkan beg air panas atau pun mandi air panas boleh membantu mengurangkan regangan.

7-Buasir
Jika anda boleh elakkan cubalah elakkan. Jangan biarkan masalah sembelit anda kerana ia boleh membawa kepada buasir.
Jangan berdiri lama atau duduk terlalu lama. Jangan pakai pakaian ketat dan jangan meneran ketika membuang air besar.

8-Kejang kaki
Pastikan anda mengambil cukup calcium. Pakailah kasut yang bertumit rendah dan selesa. Naikkan kaki anda ke atas dan jangan bersilang kaki.
Luruskan kaki anda ketika hendak tidur.


 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL