Tuesday, February 28, 2012

PEMAKANAN UNTUK PERSEDIAAN MENGANDUNG BAHAGIAN II

Kali ini pula ialah apa yang anda perlu ubah dalam diet anda untuk persediaan bagi mengandung.

1-Caffeine.
Cuba kurangkan caffeine ya. Ini termasuklah kopi dan teh. Walaupun ada kajian yang menunjukkan caffeine boleh meningkatkan kesuburan tetapi ada juga yang menunjukkan pengurangan kesuburan. Jadi lebih baik elakkan caffeine dalam diet anda.

2-Sayur-sayuran.
Banyakkan pengambilan sayur-sayuran. Cuba jadikan sekurang-kurangnya 5 hidangan sayuran dalam sehari.

3-Calcium.
Ini adalah mineral yang penting untuk ibu dan bayi.Cuba mulakan pengambilan sama ada supplement calcium atau tambahkan susu,keju dan makanan berdasarkan susu dalam pemakanan harian anda. Ia penting untuk pembesaran bayi dan bagi mengelakkan anda mengalami sakit badan selepas bersalin akibat kekurangan calcium. Anda harus ingat jika anda tidak cukup calcium untuk diberikan kepada anak anda,simpanan calcium anda di tulang akan digunakan.

4-Ikan.
Ikan mengandungi omega 3 yang tinggi. Seperti yang anda tahu,omega 3 mengandungi DHA untuk pembangunan otak dan EPA untuk pembentukan mata. Jadi amalkan pemakanan ikan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan lupa untuk pastikan ikan yang anda beli adalah segar.

5-Zat besi (iron)
Ramai wanita yang kadang-kadang mengalami darah rendah ketika mengadung. Bagi mengelakkan keadaan ini anda perlu bersedia dari sekarang. Anda tidak perlu mengambil supplement jika darah anda tidak Tambahkan makanan yang kaya dengan zat besi.Diantaranya ialah daging merah dan sayuran hijau. Namun perlu berhati-hati dengan kerang. Sila pastikan kebersihan dan tempat penternakannya untuk mengelakkan kerang yang diternak dibahagian yang tercemar.




Pemakanan untuk persediaan mengandung Bahagian 1

Ramai wanita yang bertanya apa yang perlu mereka makan sebagai persediaan untuk mengandung. Adakah diet yang sesuai untuk menambahkan peluang mangandung? Adakah diet yang baik untuk ibu dan bayi yang bakal dikandung?
Perkara pertama yang perlu anda ingat jika anda merancang untuk mengandung ialah elakkan dari berdiet keterlaluan. Berat badan yang terlalu rendah dan tidak ideal sebenarnya mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur).
Mari kita bincangkan makanan atau supplements yang anda dan suami anda perlukan bagi meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.

1. Suami.
Zink dapat membantu meningkat paras tertosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg bagi lelaki. Makanan yang mengandungi zinc paling banyak ialah oyster tetapi tidak mungkinlah untuk makan oyster setiap hari. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber zinc anda. Diantaranya ialah ketam, kacang, kekacang, breakfast cereal yang diperkaya dengan zinc (silat lihat label ketika membeli),ayam dan yogurt.
Satu perkara yang penting ialah jika anda mengambil supplement zinc, elakkan dari makan serentak bersama calcium atau susu. Ini kerana calcium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam badan.

2. Isteri.
Folic acid perlu diambil ketika anda merancang untuk mengandung sehingga anda melahirkan bayi anda. Kajian menunjukkan selain ia penting dalam 3 bulan pertama kandungan bagi mengelakkan neural tube defect (lubang di bahagian tulang belakang),ia amat penting bagi meningkatkan peluang untuk mengandung. Makanan yang mengandungi folic acid termasuklah broccoli,betik,telur,hati lembu dan hati ayam. Walaubagaimanapun lebih ramai yang suka mengambil supplement. Ini kerana ia lebih mudah dan anda dapat benar-benar memastikan dos yang diperlukan untuk anda ambil setiap hari adalah mencukupi.
Dos harian yang diperlukan sebenarnya ialah sekitar 400mcg hingga 800mcg. Namun kebanyakan klinik,hospital dan farmasi biasanya lebih banyak memberikan folic acid dalam dos maxima iaitu 5mg. Tidak ada masalah sama ada anda mahu mengambil dos tinggi atau yang lebih rendah sebenarnya.


Nota:
1-Caffeine.
Ada beberapa pendapat tentang caffeine dan kesannya untuk kesuburan. Mungkin ada yang menyarankan anda untuk mengambil lebih caffeine tetapi pada pendapat saya sekiranya sesuatu itu mempunyai dua pandangan berbeza yang bertentangan lebih baik kita mengambil jalan selamat untuk mengelakkannya. Ia masih lagi dalam kajian dan perdebatan jadi lebih baik lupakan kopi anda untuk seketika.




 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL