Tuesday, February 28, 2012

Pemakanan untuk persediaan mengandung Bahagian 1

Ramai wanita yang bertanya apa yang perlu mereka makan sebagai persediaan untuk mengandung. Adakah diet yang sesuai untuk menambahkan peluang mangandung? Adakah diet yang baik untuk ibu dan bayi yang bakal dikandung?
Perkara pertama yang perlu anda ingat jika anda merancang untuk mengandung ialah elakkan dari berdiet keterlaluan. Berat badan yang terlalu rendah dan tidak ideal sebenarnya mengganggu proses ovulasi (penghasilan telur).
Mari kita bincangkan makanan atau supplements yang anda dan suami anda perlukan bagi meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.

1. Suami.
Zink dapat membantu meningkat paras tertosterone dan jumlah semen lelaki. Jumlah keperluan harian ialah 11mg bagi lelaki. Makanan yang mengandungi zinc paling banyak ialah oyster tetapi tidak mungkinlah untuk makan oyster setiap hari. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber zinc anda. Diantaranya ialah ketam, kacang, kekacang, breakfast cereal yang diperkaya dengan zinc (silat lihat label ketika membeli),ayam dan yogurt.
Satu perkara yang penting ialah jika anda mengambil supplement zinc, elakkan dari makan serentak bersama calcium atau susu. Ini kerana calcium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam badan.

2. Isteri.
Folic acid perlu diambil ketika anda merancang untuk mengandung sehingga anda melahirkan bayi anda. Kajian menunjukkan selain ia penting dalam 3 bulan pertama kandungan bagi mengelakkan neural tube defect (lubang di bahagian tulang belakang),ia amat penting bagi meningkatkan peluang untuk mengandung. Makanan yang mengandungi folic acid termasuklah broccoli,betik,telur,hati lembu dan hati ayam. Walaubagaimanapun lebih ramai yang suka mengambil supplement. Ini kerana ia lebih mudah dan anda dapat benar-benar memastikan dos yang diperlukan untuk anda ambil setiap hari adalah mencukupi.
Dos harian yang diperlukan sebenarnya ialah sekitar 400mcg hingga 800mcg. Namun kebanyakan klinik,hospital dan farmasi biasanya lebih banyak memberikan folic acid dalam dos maxima iaitu 5mg. Tidak ada masalah sama ada anda mahu mengambil dos tinggi atau yang lebih rendah sebenarnya.


Nota:
1-Caffeine.
Ada beberapa pendapat tentang caffeine dan kesannya untuk kesuburan. Mungkin ada yang menyarankan anda untuk mengambil lebih caffeine tetapi pada pendapat saya sekiranya sesuatu itu mempunyai dua pandangan berbeza yang bertentangan lebih baik kita mengambil jalan selamat untuk mengelakkannya. Ia masih lagi dalam kajian dan perdebatan jadi lebih baik lupakan kopi anda untuk seketika.




No comments:

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL