Tuesday, October 15, 2013

Kajian : Makanan bayi mengandungi gula yang tinggi?

Sebelum saya meneruskan saya ingin kongsikan tentang kisah anak sahabat saya ini. Kebanyakan kanak-kanak pasti suka dengan gula-gula atau makanan yang manis. Betul kan?
Lihat sahaja kebanyakan kanak-kanak akan menangis meminta-minta gula-gula yang terpamer di kedai-kedai dan supermarket.
Mengapa agaknya ya?
Anak sahabat saya ini lain pula kerana memilih untuk makan sayur. Saya tanyakan kepada sahabat saya, dan dia memberitahu saya bahawa sejak dari kecil anak keduanya ini diperkenalkan dahulu dengan makanan yang tidak manis. Jadi dia lebih suka kepada sesuatu yanh tidak begitu manis seperti sayur. Beliau juga belajar dari pengalaman beliau sendiri dengan anak pertama beliau yang diperkenalkan banyak dengan makanan manis yang menyebabkan kecenderungan ke arah makanan manis.

Menurut kajian yang saya baca, kebanyakan makanan siap di pasaran yang dipasarkan untuk 4 bulan ke atas ketika bayi mula belajar untuk mengenali makanan adalah mengandungi gula yang tinggi. Tidak kiralah dalam bentuk biskut atau lembut.
Ibu bapa perlu faham di sini tujuan sebenar bayi diberikan makanan selain dari susu ialah untuk memberi sumber tenaga dan nutrien yang lebih tinggi daripada susu ibu atau sus formula. Namun kebanyakan makanan siap ini tidak menepati apa yang sebenarnya dimahukan.
Ianya memang mudah tetapi tidak mencapai apa yang dimahukan sebaliknya mengandungi gula yang tinggi pula.

Apabila bayi anda sering makan makanan dengan gula tinggi, kecenderungan mereka akan ke arah sesuatu yang manis. Bukan sahaja untuk jangka panjang mungkin meningkatkan risiko kerosakan gigi tetapi akan membawa kepada risiko obesiti.
Ingat ya, peratusan mereka yang obese di Malaysia semakin meningkat.
 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL