Tuesday, May 8, 2012

Bayi susah tidur

Kadang-kadang anda mungkin runsing dengan bayi anda yang susah hendak tidur.
Jadi mengapa bayi anda susah untuk tidur?
Untuk ini saya akan cuba terangkan dengan penjelasan yang mudah. Bayi anda sedang membesar. Mereka hanya minum susu jadi dalam dua hingga empat jam mereka akan bangun untuk makan dan kadangkala bermain. Mereka juga hanya tidur apabila badan mereka penat.
Seperkara lagi ialah sesetengah ibu gemar membiarkan bayi mereka menyusu dan terus tertidur ketika menyusu ataupun ketika menghisap puting.Adakah ini tidak digalakkan? Sebenarnya tiada yang betul atau slah tetapi ia perlu bergantung kepada ibu itu sendiri.Ini kerana bayi akan mengaitkan proses 'menghisap' sama ada susu atau puting dengan tidur. Jika tiada proses 'menghisap' berlaku, mereka susah hendak tidur. Ini agak sukar bagi ibu yang bekerja. Jadi ibu perlu memastikan bayi mereka menghisap susu sehingga hampir tidur dan bukan sehingga tertidur. Kemudian alihkan bayi ke bantal untuk mereka mula tidur. Untuk ibu yang dirumah mungkin tidak menjadi masalah.
Anda juga boleh menggunakan teknik seperti buaian dan sebagainya yang mengaitkan tidur dan ayunan contohnya.
Anda juga boleh latih bayi anda untuk mendapatkan tidur siang yang rutin. Contohnya pada waktu sekitar pukul 3-4petang ialah waktu paling penat untuk anda. Jadi cuba dalam masa seminggu untuk latih bayi anda tidur pada jangkawaktu ini. Anda baring dan tidur bersama bayi anda untuk masa ini setiap hari. Bayi yang mempunyai masa tidur siang yang rutin biasanya akan lebih mudah untuk tidur pada sebelah malam dan jarang kerap terbangun pada sebelah malam.
Selain itu sebenarnya jika bayi anda susah tidur anda boleh gunakan anduh bayi sesuatu yang digunakan oleh wanita dulu untuk mengendong bayi). Gunakan anduh bayi ketika anda melakukan kerja rumah dan sebagainya. Kehangatan badan anda akan menyebabkan bayi anda senang tidur.
Bezakan waktu siang dan malam untuknya. Antara yang anda boleh lakukan ialah baju untuk sebelah siang berbeza dengan sebelah malam. Kemudian suasana yang gelap berbanding siang.



No comments:

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL