Saturday, November 5, 2011

Merancang untuk mendapatkan zuriat - Bahagian 1

Zuriat adalah anugerah tuhan yang dinantikan setiap pasangan. Di sini saya ingin kongsikan isu ini dengan anda. Saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian memandangkan banyak juga perkara yang saya akan bincangkan di bawah tajuk ini.

Saya akan mulakan dengan kaedah-kaedah yang ada untuk anda cuba.

KAEDAH PENGUKUR SUHU BADAN.
1-Alat yang anda perlukan ialah termometer dengan dua digit perpuluhan e.g. 38.25C
Biasanya anda boleh dapati dari farmasi berdekatan. Perubahan suhu badan wanita kadangkala terlalu kecil jadi dua titik perpuluhan pada termometer membolehkan anda mencatat lebih tepat. Ia dipanggil basal body thermometer.
2-Bilakah waktu yang sesuai?
Ingat!! Anda perlu konsisten.
Mulakan pada hari pertama anda datang bulan (lebih mudah).
Ambil bacaan suhu badan anda setiap pagi sebaik anda bangun tidur. Bukan selepas anda ke bilik air atau selepas anda mengemas bilik anda. Pengambilan suhu perlu pada waktu yang sama setiap hari (sebaiknya). Anda boleh letakkan thermometer di bahagian tengah bawah lidah untuk suhu yang tepat.
3-Setelah itu anda perlu mencatatkan suhu badan anda pada carta yang biasanya dibekalkan bersama thermometer yang anda beli tadi.
4-Suhu akan berubah apabila berlaku ovulasi. Apabila suhu badan anda naik ia bermakna ovulasi telah berlaku.Kebiasaannya suhu akan menurun banyak sebelum naik maka bagi sesetengah wanita, keadaan ini mudah kerana mereka dapat mengagak waktu kesuburan.

Masalah bagi kaedah ini ialah faktor-faktor lain seperti tekanan, sakit dan sebagainya. Kadang-kadang juga faktor seperti datang haid yang tidak teratur dan perubahan suhu badan yang kurang jelas mengganggu keputusan bagi kaedah ini.

Kebiasaanya pasangan akan dinasihatkan untuk mencatatkan suhu ini lebih kurang dua hingga tiga bulan untuk melihat pattern kesuburan.

Kaedah ini agak sukar jadi biasanya ia dicadangkan untuk digabung dengan beberapa kaedah lain.

Sampai jumpa lagi!!




No comments:

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL