Saturday, November 5, 2011

Bagaimana untuk menyimpan susu ibu?

Di zaman ini pasti ramai ibu-ibu yang bekerja tetapi mempunyai hasrat untuk menyusukan anak mereka.
Bagaimana agaknya ya?

Pengepaman susu ibu.

1-Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu hingga dua minggu sebelum anda dijadualkan kembali bekerja. Ini bagi memastikan anda tidak kekok dan proses pengepaman dapat dilakukan dengan betul
Anda boleh melakukan pengepaman sebaik selepas bayi anda siap menyusu. Ia bukan sahaja membolehkan anda berlatih tetapi menggalakkan badan anda menghasilkan lebih banyak susu.
Prinsipnya mudah sahaja sebenarnya. Apabila kita mengeluarkan lebih susu badan akan menghasilkan juga lebih susu untuk dibekalkan. Asalkan anda memastikan diri anda minum dengan banyak dan pemakanan yang sihat,ia tentunya bukan masalah.
2-Pengepaman susu selalunya perlu dilakukan selama mengikut kebiasaan berapa lama bayi anda menyusu dan jika boleh sekerap bayi anda menyusu (jika tidak menjadi halangan).

Penyimpanan susu.
Untuk menyimpan susu yang telah dipam,anda boleh menggunakan botol kaca atau plastik bertutup. Sebaiknya simpanlah kuantiti mengikut jumlah penyusuan bayi anda supaya tidak membazir.Simpanlah terus ke dalam peti ais dan jika untuk disimpan lama,anda boleh simpan di bahagian beku.

Sebagai panduan :
SUSU DISIMPAN PADA SUHU BILIK : 3 hingga 5 jam
SUSU DISIMPAN DI BAHAGIAN BELAKANG PETI SEJUK: 3 hingga 7 hari
SUSU DISIMPAN DI BAHAGIAN BELAKANG BAHAGIAN SEJUK BEKU: sehingga 3 bulan bergantung kondidi penyimpanan

Sebagai panduan :
Bagi susu yang disimpan di dalam bahagian sejuk beku:
a)Jangan panaskan menggunakan microwave.
b)Jangan ditambah dengan air panas
c)Sebaiknya sehari sebelum ia digunakan,pindahkan ia di bahagian peti sejuk.
d)Jangan masukkan semula susu yang telah dinyahbeku ke bahagian sejuk beku. Jika anda ingin menyimpan kembali ke dalam peti sejuk,pastikan ia digunakan dalam masa 24 jam.
e)Jangan simpan lagi baki susu yang telah diberikan kepada anak anda.




No comments:

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL