Sunday, August 22, 2010

Vitamin C, selsema dan wanita mengandung

Vitamin C bukan sahaja baik untuk kulit tetapi juga amat baik dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Seringkali ibu-ibu yang mengandung menghadapi masalah apabila selsema kerana banyak ubat yang tidak boleh diambil ketika mengandung. Adakah vitamin C alternatif terbaik untuk mengelakkan dan merawat selsema untuk ibu-ibu dan bakal ibu ini? Dan apakah dos yang bersesuaian untuk anda?

Asid askorbik atau vitamin C boleh ditemui di dalam sayur-sayuran berdaun hijau dan buah-buahan jenis citrus seperti oren, strawberry and kiwi.

Vitamin C amat baik untuk bakal ibu yang mahu mengelakkan diri daripada selsema. Ia mampu meningkatkan sistem pertahanan ibu sepanjang mengandung dan selepas daripada itu. Ada banyak pendapat yang bercanggah. Oleh sebab itu bakal ibu perlu bijak dalam menapis maklumat yang di baca.

Sebaiknya bakal ibu perlu mempelbagaikan sumber vitamin C. Selain pengambilan vitamin C melalui supplements sama ada dalam bentuk kapsul, tablet atau affervesent perkara yang penting ialah kepelbagaian melalui sumber makanan. Ambillah buah-buahan yang kaya dengan vitamin C setiap hari. Jika boleh pastikan pengambilan vitamin C seharian melebihi 85mg tetapi kurang daripada 2000mg.

Mengapa perlu kurang daripada 2000mg?
Vitamin C sebenarnya boleh menyebabkan pedih perut terutama jika anda mempunyai gastrik atau pedih ulu hati. Jika anda mengambil supplements, ambillah sediaan yang bebas asid (selalunya dalam bentuk ester).
Selain itu vitamin C sekiranya berlebihan boleh menyebabkan cirit birit. Ini perlu dielakkan kerana terlalu kerap cirit birit ketika mengandung memungkinkan bakal ibu terkena buasir.

Apakah sumber vitamin C yang boleh dijadikan sajian harian?
1-Buah-buahan citrus (jenis yang berserat) seperti limau dan oren
2-Lada benggala hijau
3-Strawberri
4-Tomato
5-Broccoli
6-Kentang putih dan manis (sweet potato)




1 comment:

SouLmatemaS.com said...

NICE info,... betul2.. preggy mum.. kank2 demam n flu sgt perlukan vit c.. tapi pastikan vit c yang natural buakn SINTETIK ?INJECTION.. sebab.. kesan sampingannye amat lah teruk...

 

Bayi dan Ibu | Desenvolvido por EMPORIUM DIGITAL