Pernah dengar kata orang tua-tua bahawa sedu atau hiccups menandakan tanda seseorang itu
membesar?
Sejauh mana kebenarannya dan sejauh mana kaitannya dengan kesihatan bayi
anda?
Menurut Mayo Clinic.com, sedu merupakan pengecutan involuntari oleh
difragma (otot yang memisahkan ruang abdomen dan dada). Diafragma memainkan
peranan yang penting dalam proses pernafasan. Setiap pengecutan diikuti oleh
penutupan secara tiba-tiba bahagian kord vokal yang menghasilkan bunyi seperti 'hik'.
Oleh itu, sedu berlaku sebenarnya disebabkan rangsangan terhadap otot
tersebut atau pun iritasi. Ia boleh berlaku kepada bayi anda disebabkan banyak
perkara antaranya seperti :
a) makanan ( susu, makanan lembut)
b) suhu yang turun secara tiba-tiba
c) kesukaan secara tiba-tiba atau mengejut (sudden excitement)
Sedu memang sering berlaku kepada bayi kurang dari setahun.
Bayi di dalam kandungan juga
boleh mengalami sedu.
Ianya tidak berbahaya tetapi tidak mengapa jika anda ingin suarakan
kepada doktor anda ketika lawatan berjadual ke klinik obstretrik dan gynaecology.
Bagaimana pula caranya untuk menghilangkan sedu?
1-Minum air sedikit secara perlahan-lahan (untuk bayi yang sudah cukup
besar dan sudah boleh berdiri dan duduk)
2-Sapu bahagian belakang bayi anda secara perlahan
3-Cuba alihkan perhatian mereka kepada benda lain seperti mainan
Kebiasaannya sedu akan hilang dalam beberapa saat hingga beberapa minit.
Sekiranya ia melebihi itu sila bawa anak anda berjumpa dengan profesional
kesihatan anda.
Jangan sesekali melakukan perkara berikut :
a) Memeranjatkan bayi anda
b) Menekan bahagian hadapan kepalanya
c) Menarik lidahnya keluar
No comments:
Post a Comment