Ramai wanita mengamalkan green tea kerana kesan baiknya termasuklah
dikatakan baik untuk mengelakkan dari tekanan darah tinggi, penyakit jantung
dan ada sesetengah berpendapat ia boleh mengawal berat badan.
Namun adakah amalan ini boleh diteruskan ketika mengandung?
Perkara pertama ialah tentang kebaikannya. Belum ada kajian yang konklusif
tentang kebaikan green tea. Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan
kemungkinan kesan baik ini namun ia belum konklusif.
Kedua, terdapat pendapat yang mengatakan green tea boleh mengurangkan paras
asid folik di dalam badan. Asid folik adalah sangat penting terutama untuk
wanita yang merancang untuk mengandung dan tiga bulan pertama bagi wanita
mengandung. Asid folik diperlukan bagi tiga bulan pertama bagi mengelakkan
spina bifida kepada bayi.
Ketiga, sepertimana teh dan kopi yang lain masih terdapat kandungan kafein
di dalam green tea yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi. Seperti yang
kita sedia maklum sesetengah wanita akan mengalami tekanan darah rendah dan
anemia ketika mengandung. Bagi wanita ini adalah dinasihatkan untuk
mengurangkan pengambilan semua jenis kopi dan teh sepanjang waktu mengandung.
Ia juga merupakan kajian yang kecil dan kajian yang lebih besar dan lebih
baik diperlukan untuk mengetahui kebenarannya.
Maka jika ibu masih ingin terus mengambil green tea sebagai minuman harian,
dicadangkan untuk mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit. Dicadangkan ialah
satu hingga dua cawan sehari adalah memadai. Sekurang-kurangnya green tea lebih
baik daripada jenis kopi dan teh yang lain kerana kandungan kafeinnya yang
rendah.
No comments:
Post a Comment